TRAVEL TIPS @ TIPS MELANCONG

PASSPORT MALAYSIA

Bayaran-Pasport-Malaysia-Antarabangsa-Permohonan-Renew-Online.jpg

Passport adalah perkara pertama yang perlu dibawa ketika melancong ke luar negara. Passport yang dibawa melancong pastikan masih sah tempoh. Sah dengan  kata tarikh ‘expired’ passport anda hendaklah masih hidup dalam tempoh 6 bulan sebelum pulang dari tarikh anda melancong. Andai kata tidak cukup 6 bulan tempoh sah maka anda tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan. Terdapat juga negara yang tidak menerima passport yang kurang 6 bulan dalam tempoh melawat negra tersebut. Sila berhati-hati dengan urusan passport.  Paling penting, sila pastikan negara yang dilawati memerlukan VISA atau tidak. Ada negara yang masih memerlukan VISA untuk rakyat Malaysia masuk ke negara mereka. Sedikit tips memohon passport bagi rakyat Malaysia di  link ini.  http://www.imi.gov.my/index.php/ms/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa.html

TIKET PENERBANGAN KE DESTINASI

img_3924

Disarankan untuk menempah tiket penerbangan 6 atau 3 bulan awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan atau murah. Ada yang nak bajet harga tiket murah so kenala check tiket awal. Lagi untung beli ketika promosi. Untuk dapatkan harga promosi kita kenalah sentiasa ‘update’ dengan informasi terkini daripada pihak penerbangan. Satu tips juga dengan harga murah ialah beli melalui agent yang menawarkan tambang murah AIRASIA. Yang ni kena pandaila cari kat insta, facebook atau kawan2 yang tahu dapatkan tiket murah. Ingat…jangan tertipu dek kerana tiket murah.

Pastikan ada membuat ‘Web Check In’ 14 hari (Airasia) atau 2 hari( MAS) sebelum melancong. Ini bagi memudahkan urusan anda ketika urusan ‘Check In’ nanti. ‘Boarding Pass’ hendaklah disimpan dengan baik. Sebaiknya simpan juga salinan tiket penerbangan. Ini sebagai ‘back up plan’ sekiranya berlaku perkara-perkara tidak di ingini.

ITINERARI (Jadual Perjalanan)

Sebelum melancong ke negara lain, perkara yang perlu dilakukan selain membeli tiket penerbangan ialah menyediakan jadual perjalanan atau itinerari. Itinerari amat penting untuk menjadikan perjalanan lebih teratur dan mempercepatkan proses urusan imigresen. Untuk pengetahuan pembaca, ada negara yang ingin mengetahui urusan kita melawat negara tersebut. So, dengan itinerari yang kita sediakan dapat membantu urusan imigresen. Selain itu juga, kita tak “cuak” apabila melawat negara orang tambahan lagi dengan bahasa dan budaya yang berbeza. “Tepuk dada tanya selera”. Ada sesetengah traveller tak perlukan itinerari. Mereka jalan jer ikut kata hati dan yakin. Mungkin juga dah biasa datang ke negara tersebut.  Apa pun, sebagai panduan perjalanan ,itinerari amat penting untuk melancong ke luar negara.

PAKAIAN  MELANCONG

Utuk melancong ke luar negara, kita perlu kaji negara yang ingin dilawati terutamanya musim atau cuaca pada masa tersebut. Negara di sekitar Eropah dan Asia mengalamai 4 musim iaitu musim bunga ( bulan Mac-Mei ) musim panas ( bulan Jun-Ogos ) musim luruh ( bulan September-November ) dan musim sejuk ( bulan Disember-Februari).

Melancong ke negara 4 musim perlu persediaan terutamanya musim sejuk atau Winter. Pakaian pada musim sejuk amat berbeza dengan musim-musim lain. Perkara asas yang perlu disediakan apabila melancong ketika musim sejuk ialah pakaian . Bayangkan nak cover dengan kesejukan di bawah paras 2 darjah celcius. Bagi yang tak tahan sejuk, kenalah sediakan pakaian yang sesuai . Antaranya,

  1. Baju thermal- tshirt-sweater-winter coat (4 lapisan baju)
  2. Sarung tangan @ Glove
  3. Stoking yang sesuai
  4. Muffler , Hooded dan penutup telinga
  5. Baju Hujan@payung
  6. Winter boot
  7. Hand warmer @heat pack(boleh beli kat Daiso). Heat pack ni letak kat dalam poket untuk mengekalkan kehangatan gitu!

Walaubagaimanapun, pakaian winter lagi mura- murah di luar negara. Boleh beli sepasang sahaja kat Malaysia untuk persediaan dan beli kat luar negara sebagai buah tangan atau koleksi.

Pastikan kasut yang sesuai ketika melancong untuk memudahkan pergerakkan terutama musim sejuk. Winter boot yang sesuai dengan tapak yang tidak licin. Boleh memakai sport shoes tetapi kurang selesa dengan cuaca yang sejuk dan basah jika terkena  ais salji. Semasa musim panas dan musim bunga sport shoes amat digalakkan lebih comfort.

Pakaian Musim Bunga & Luruh

Pakaian Musim Bunga & Luruh

Musim Sejuk

Pakaian Musim Sejuk

Pakaian Musim Panas

ADAPTOR @ INTERNATIONAL PLUG 

Perbezaan adaptor jelas dan amat penting dibawa jika melancong ke luar negara. Terdapat negara yang hanya menggunakan dua plug in berbanding dengan Malaysia yang mostly gunakan 3 plug in. Semasa melancong penggunaan telefon bimbit amat penting untuk merakam gambar-gambar yang cantik dan kini paling penting live video atau story kat instagram. Sesestengah bateri telefon bimbit agak kritikal di negara musim sejuk kerana cepat switch off. Walaupun kini ada power bank namun, adaptor penting untuk elakkan kes tak ada bateri power bank .  Kekadang saya bawa extention jugak utk memudahkan aktiviti menge-cas hp kat hotel. Sometimes, hotel tak banyak menyediakan plug. So pandai2la nak hidupkan..hehe

Plug @ Adaptor

HOTEL @ RUMAH PENGINAPAN 

Melancong perlukan juga tempat rehat untuk boost tenaga. So pastikan menempah hotel terlebih dahulu sekiranya tiket penerbangan telah ditempah Confirm. Penempahan hotel @ rumah penginapan awal amat penting untuk mengelakkan  harga mahal. Lebih2 lagi massa peak season.  Jika melancong dengan keluarga dan anak2 amat memerlukan ruang tidur yang selesa dengan harga berpatutan. Setelah selesai tempahan, pastikan booking online tersebut dicetak atau simpan dalam telefon bimbit untuk rujukan apabila check in masuk hotel .  Untuk tempahan hotel, cadangan boleh booking di booking.com, trevoloka atau Agoda untuk harga yang lebih murah. Jika ingin mendapatkan rumah penginapan boleh cari di Airbnb.com .

TUKARAN DUIT @ MONEY CURRENCY

Sebelum melancong, duit kenalah ada untuk merealisasikan impian nak melancong ke oversea. hehe. Duit perlu disediakan secukupnya dan tukar di pengurup wang berlesen yang berdaftar.  Elakkan tukar wang di lapangan terbang atau bank kerana tukaran agak mahal berbanding dengan pengurup wang di luar. untuk sekitar KL, pengurup wang yang murah dan menjadi tumpuan ialah di Midvalley atau di sekitar Masjid Jamek.  Pengalaman saya tukar kat Midvalley que up sama dengan Felexia Yap. Dia nak tukar duit euro dan  saya tukar Bath. Kalau kat Kota Kinabalu, pengalaman saya tukar duit di Wisma Merdeka (Ground Floor). Agak murahlah  berbanding tempat lain.

Namun, disarankan membawa sedikit wang Malaysia kerana ada sesetengah negara yang boleh menerima mata wang Malaysia jika ingin menukar di negara tersebut. Tapi kena tukar note RM50 dan ke atas jer. Tak terima RM10 dan RM20 Malaysia.  Untuk memudahkan lagi ialah mengaktifkan kad bank ATM anda di bank cawangan agar dapat mengambil duit di bank-bank luar negara. Kita sentiasa beringat “malang tidak berbau” mungkin tak cukup nak shopping..hehehe. Hamboi!!

mata-wang

Tukaran Duit

UBAT-UBATAN & MAKANAN 

Kos rawatan di luar negara agak mahal justeru bawalah ubat-ubatan yang perlu seperti minyak angin, ubat sakit perut dan ubat pening. Disarankan juga membawa losyen atau pelembap bibir jika melancong ke negara musim sejuk. Makanan seperti mee segera, makanan tin, roti dan sambal kering boleh dibawa untuk bekalan makanan. Sesetengah negara agak susah mencari makanan halal dan perjalanan agak jauh dari satu destinasi ke destinasi lain. Namun, pastikan makanan di packing sebaiknya dan ubat disimpan dalam satu bekas atau palstik yang sesuai. Mungkin boleh dilabelkan. Almaklumlah, takut plak imigresen atau kastam mereka periksa bag dengan pelbagai jenis cecair dan pil-pil yang dibawa. Lebih baik dilabelkan untuk memudahkan pemeriksaan imigresen. Taklah macam rassa bersalah gitu depan orang ramai. Cewah..tips berkesan gitu!

Ubatan & Makanan

SIMKAD TELEFON @ WIFI

Untuk lebih selamat, gunakan simkad telefon negara yang kita lawati. Ini untuk mengelakkan roaming telefon dan tak pasal-pasal bil telefon melambung tinggi. Simkad penting agar memudahkan kita berhubung antara satu sama lain dan mungkin untuk menggunakan aplikasi internet semasa di luar negara. Tak semua negara free wifi . Yang penting sekali untuk menghubungi keluarga atau update terkini dengan orang tersayang tentang pelancongan anda! Ada sesetengah negara wifi boleh didapati secara percuma seperti Korea Selatan. Dalam bas pun boleh dapat wifi sebab tetiba masuk pesanan whatsApp kat telefon . hehehe

Tips lain yang boleh dilakukan ialah dengan menyewa poket wifi di Malaysia yang boleh digunakan di luar negara. Namun ada kebaikan dan keburukan dengan menyewa poket wifi . Perlu ke kedai untuk bertanyakan pakej dan memulangkan semula di kedai tersebut. Perlu ada deposit sebagai cagaran. Caj tambahan dikenakan jika lambat memulangkan atau poket wifi rosak. Kebaikan poket wifi ni kos agak murah dan boleh memuatkan 10 peranti berkongsi satu poket wifi.

Ada satu tips lagi pasal simkad ni. Tapi yang ni saya tak pernah cuba lagi. Pengalaman dari kawan2 yang dah pernah cuba bolehlah saya share kat sini. Pernah dengar tak Global Simcard ? Satu lagi cara, adalah menggunakan kad Global Simcard @ sim global yang boleh digunakan di seluruh dunia. Konsepnya seperti perayauan data menggunakan kad sim tempatan, tetapi kad sim ini boleh digunakan terus ke mana jua negara yang anda pergi. Yang ni kena aktifkan perayauan data kat Malaysia. Boleh rujuk helo1010  untuk maklumat lanjut.

Guna-wifi-di-luar-negara-Pocket-Wifi-Samurai-Wifi-Wiyo-Travel-Recommends.jpg

Poket Wifi

ELAKKAN CECAIR MELEBIHI  100ML & BENDA TAJAM 

Jika rasa takut ketika pemeriksaan kawalan keselamatan ketika di lapangan terbang, elakkan membawa cecair melebihi 100 ml dan benda tajam di dalam bag hand carry anda. Cecair yang melebihi 100 ml akan di ambil dan tidak akan dipulangkan. Cecair bentuk syampoo, mask, spray body dan sebagainya. Barang ni boleh dibawa tapi harus disimpan dalam bagasi masuk kapal terbang ye.  Kalau nak hand carry juga, boleh beli travel kit yang ada botol saiz kecil kat Guardian atau Watson. Ni lagi elok sebab bolehlah berjimat kan. Benda tajam seperti gunting atau cutter pun dielakkan masuk dalam hand carry. Ada sesetengan negara sensetif dengan benda tajam ni. Macam rasa seperti penjenayah plak. U know how i feel?? yeah….

carry.gif

DOKUMEN PENTING DICETAK (CHECK LIST)

Pastikan dokumen-dokumen penting dicetak seperti online booking hotel, entry fee ticket, dan dokumen penting lain. Ini sebagai persediaan jika maklumat hilang  apabila  telefon bimbit  mengalami kerosakan. Selain itu, passport juga perlu dicetak atau di simpan dalam telefon bimbit untuk memudahkan pengurusan passport yang tercicir ketika melancong ke luar negara. Maklumlah, urusan kehilangan passport di luar negara mengambil masa dan akan menyebabkan percutian kita menjadi lambat dan tergendala dek urusan passport.

PEMBELIAN INSURANS  & SUNTIKAN VAKSIN

Tips yang ni pun perlu jugak dan sebagai persediaan jika berlaku perkara yang tidak diingini. Insuran melancong mudah didapati dengan harga mampu milik. Namun, pastikan insurans yang dibeli itu dari agent sah yang mempunyai lesen . Suntikan vaksin jika negara dilawati itu mengalami penyakit virus yang memerlukan suntikan. Pada kebiasaannya, negara Asia seperti China, Jepun  dan India yang mengalami wabak penyakit berjangkit. Sebelum terjadi perkara tak diingini, sediakan payung sebelum hujan. Jalan pun dengan hati yang tenang, senang dan gembira.

BAWA BOTOL KOSONG & TISU BASAH

Sebagai persedian ketika berada di luar negara , tips untuk pelancong yang memerlukan air ketika berada di tandas! Memang tak ada paip kat dalam toilet . Agak kekok jugak dengan situasi ni..hihihi. Inila namanya, jauh perjalanan luas pengetahuan dan pemandangan.

TIPS LAIN YANG PENTING

Semak status perjalanan ke luar negara dengan pihak imigresen. Hal ini wajib dilakukan sebelum membeli tiket penerbangan. Kerajaan Malaysia mengenakan tindakan senarai hitam kepada penama yang tidak menyelesaikan hutang PTPTN dan Cukai Pendapatan. Jika disenarai hitam, akan disekat perjalanan ke luar negara….hmmm…kan rugi tuh dah beli tiket tapi tak boleh nak fly oversea. hehe

Pastikan juga ada simpanan nombor telefon Kedutaan Negara dalam telefon anda sebagai rujukan. Apabila kita berada dalam kesusahan  dan tak ada saudara mara kat luar negara, kedutaan lah tempat kita mengadu.

Lastly, datanglah awal ke Lapangan Terbang untuk memastikan bagasi kita selamat masuk kargo . Tidak pun kita tahu waktu penerbangan terkini pesawat yang kita naiki. Kadangkala, penerbangan antarabangsa biasanya akan retime bergantung pada keadaan cuaca dan lain2 hal yang tidak dapat dielakkan.  Sentiasa update email dan telefon bimbit anda. Kekadang retime dimaklumkan melalui email dan hp. InsyaALLAH perjalanan pergi dan balik selamat. Amin.